Refined series yang paling mendapat sambutan bermula tahun 2020. ROYALE 54, diadaptasi dan diolah daripada jenama MFK Baccarat Rouge 540e. Aroma UNISEX ini mampu sekali mengubah karekter pemakai menjadi super ceria akibat kemanisan gula kapas yang tercetus daripada jelmaan saffron dan sweet almond pada nota atas. Belum selesai menghela nafas, satu suasana hangat lagi menenteramkan jiwa hadir pada bahagian campuran nota tengah yang tercetus daripada cedar, citrus dan penutup bicaranya adalah dari ambergris, musk dan sentuhan woody tipis pada nota bawah. Menjadi satu kerugian besar buat pencinta wangian hangat yang manis sekiranya mengabaikan kewujudan aroma ini sekurangnya sekali dalam kehidupan anda.
Kombinasi:
Top Note : Safron, Almond
Middle Note : Cedar, Jasmine, Citrus
Base Note : Musk, Ambergris, Woody Notes
Mode: Unisex
Concentration : Extrait De Parfum
Reviews
There are no reviews yet.